ELECTRONIC MAIL, atau 'e-mail' adalah satu cara kita berhubung antara satu sama lain melalui Internet.

Beribu - ribu orang di seluruh dunia yang menggunakan Internet ada alamat e-mail mereka yang tersendiri. Ini boleh diumpamakan dengan setiap rumah di dunia ini mempunyai alamat rumah yang tersendiri. Untuk sesebuah rumah itu mempunyai alamat, tuan rumah terlebih dahulu perlulah mendaftar rumahnya dengan Jabatan Tanah. Begitu juga dengan e-mail. Kita perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapat alamat e-mail. Alamat e-mail adalah dalam format berikut

[email protected]

di mana nama andalah nama e-mail yang anda pilih sendiri, syarikat adalah syarikat yang membekalkan pakej e-mail percuma itu.

E-mail adalah cara yang paling mudah untuk menhantar pesanan kepada seseorang melalaui Internet. Anda boleh menghantar pesanan kepada sesiapa sahaja di dunia ini dengan hanya kadar bayaran panggilan tempatan. Anda boleh melampirkan dokumen - dokumen lain, gambar, program, fail bunyi dan juga gambar yang bergerak kepada e-mail anda.

Penghantaran e-mail adalah pantas: ianya boleh mengambil beberapa minit atau beberapa saat untuk pesanan e-mail anda itu di terima oleh penerima, biarpun penerima berada beribu batu jauhnya daripada anda.

Salah satu lagi kelebihan mempunyai e-mail akaun adalah pilihan untuk menyertai electronic 'mailing list'. Ini membolehkan anda melanggan informasi - informasi maklumat elektronik yang terdapat di dalam Internet.

Sekarang kita akan belajar untuk membuka satu akaun e-mail. Saya memilih akaun HOTMAIL di sini. Untuk membuka akaun e-mail untuk syarikat - syarikat pembekal akaun e-mail yang lain, proses yang di ambil pada dasarnya adalah sama. Kelainannya cuma pada ruang antara muka yang di paparkan.

Untuk mendaftar akaun HOTMAIL, terlebih dahulu masuk ke dalam web site HOTMAIL. Alamat untuk website hotmail adalah

http://www.hotmail.com/

Anda boleh menggunakan Netscape Navigator atau Internet Explorer untuk tujuan ini.

Setelah anda memasuki web site HOTMAIL, anda akan menemui ruangan. Ruangan - ruangan ini akan di terangkan di bawah.

Ini adalah ruangan untuk penggunakan yang telah berdaftar. Jika anda telah berdaftar dengan HOTMAIL, anda hanyalah perlu memasukkan nama anda (login name) yang anda pilih semasa pendaftaran dan kata laluan (password) yang juga anda pilih semasa pendaftaran dan klik ENTER untuk masuk.
Ini adalah ruangan untuk pengguna baru dan anda ingin berdaftar dengan HOTMAIL. Untuk mendaftar dengan HOTMAIL, klik butang SIGN UP (yang dibulatkan merah). Seterusnya, anda sudah sedia untuk proses seterusnya.

Jika anda memilih untuk mendaftar dengan HOTMAIL, seterusnya, skrin yang menerangkan tentang HOTMAIL TERMS OF SERVICE (HTS) akan dipaparkan. Skrin ini sebenarnya memberi keterangan tentang polisi dan syarat - syarat yang perlu dipatuhi untuk mendaftar sebagai ahli. Di sebab e-mail menjadi medium utama untuk menyebarkan maklumat di dalam Internet, jadi tidak hairan ada surat - surat yang berbau politik, perkauman, kecaman dan lain - lain diedarkan melalui e-mail. Jadi, penjanjian ini adalah satu langkah bagi HOTMAIL untuk lepas tangan sekiranya ada pengguna akaun HOTMAIL yang ditangkap ketika melakukan perkara seperti berikut. Sekiranya anda bersetuju, klik butang I ACCEPT yang bermakna, saya menerimanya.

Seterusnya, skrin yang memaparkan borang pendaftaran akan keluar.

Proses pendaftarkan ini akan melalui beberapa peringkat. Peringkat - peringkat tersebut akan diterangkan satu persatu di bawah.


Peringkat pertama adalah untuk memilih nama akaun (login name) dan kata laluan (password) akaun anda. Nama dan password ni akan digunakan untuk anda masuk dan menyemak e-mail yang anda terima nanti. Pemilihan nama ini perlu difikirkan dengan betul kerana bila anda sudah didaftarkan, tiada cara untuk anda menukar nama ini, selain daripada anda untuk membuka akaun yang baru.

Nama yang dipilih hendaklah mengambarkan tentang diri anda. Kebanyakkan pengguna mempunyai kreativiti tersendiri untuk memilih nama ini. perlu diingatkan, akaun HOTMAIL adalah antara yang paling popular digunakan sekarang ni. Sekiranya anda bernama Mohd Rosli, kebarangkalian untuk anda mendapat nama akaun bernama ROSLI adalah sangat tipis kerana mungkin ada pengguna lain yang telah memilihnya. Anda boleh memilih ROSLI_77 sekiranya anda dilahirkan di dalam tahun 1977. Ini bergantung kepada individu. Amaran akan dipaparkan jika nama yang anda pilih telahpun ada di dalam HOTMAIL dan anda boleh memilih nama yang lain kelak.

Terdapat beberapa syarat untuk pemilihan nama ini. Nama hanya boleh terdiri daripada huruf a - z, nombor 0 - 9 dan underscore (_). Nama yang dipilih hendaklah bermula dengan huruf (tidak boleh nombor atau underscore). Nama ini bukan CaSe SeNsItIvE, bermakna huruf kecil dan huruf besar akan dilayan sama. Jika anda memasukkan Mohd_Imran sebagai nama ini, nama yang akan didaftarkan hanyalah mohd_imran.

Untuk tujuan tutorial ini, saya akan menggunakan nama mohd_imran. Ini adalah sebenarnya login name untuk akaun HOTMAIL saya. Saya sengaja menggunakannya untuk menunjukkan kepada anda apa yang akan dipaparkan sekiranya nama yang dipilih sudah terdapat di dalam akaun HOTMAIL. Bagi tujuan anda, anda masukkanlah nama yang anda suka.


Seterusnya, masukkan password atau kata laluan bagi akaun anda. Pemilihan password ini amat penting kerana jika password ini diketahui atau dapat diteka oleh penguna lain, mereka boleh masuk ke dalam akaun anda dengan anda tidak mengetahuinya dan membaca segala isi kandungan e-mail yang anda terima.

HOTMAIL juga amat memandang berat di dalam hal ini. Jadi ia mensyaratkan password yang dimasukkan mestilah terdiri dari sekurang - kurangnya 4 askara. Anda perlulah memasukkan. Anda hendaklah memasukkan password ini sebanyak dua kali. Ini dilakukan untuk memastikan yang password yang anda pilih itu adalah betul. Sekiranya ruangan memasukkan password ini hanya diadalah sekali, ia boleh membawa masalah. Katakan semasa memasukkan password itu anda tersilap menekan kunci. Anda tidak mengetahuinya kerana password yang anda taip dipaparkan sebagai asterik (* - tanda bintang). Jadi, bila akaun anda telah siap didaftarkan, anda tidak dapat membukanya. Jadi, itulah tujuannya anda dikenakan memasukkan password ini sebanyak dua kali.

Seperti yang telah dinyatakan, password yang anda taip dipaparkan sebagai asterik. Ini juga adalah salah satu langkah keselamatan di mana jika ada orang lain yang berdekatan dengan anda, mereka tidak akan mengetahui password anda. Jadi, keselamatan password anda itu akan terjamin.


Ruangan seterusnya adalah untuk nama sebenar anda. Masukkan nama ayah anda di dalam ruangan First Name dan nama sebenar anda di dalam ruangan Last Name. Format sebegini adalah format nama yang digunakan oleh mat salleh. Nama ini akan digunakan di dalam penghantarkan e-mail anda kelak. Jadi penerima dapat mengetahui yang e-mail ini datang daripada anda. Untuk ruangan ini, anda tidak semestinya memasukkan nama betul anda. Jika anda fancy, anda boleh memasukkan apa sahaja. Ini terpulang kepada ke'kreativiti'an anda.

Terdapat masa sedikit di sini.


Seterusnya, anda diminta untuk memasukkan data tentang tempat tinggal anda. Ruangan ini terbahagi kepada dua. Satu untuk penduduk US (US Resident Only) dan satu lagi untuk pengguna yang berada di luar US. Memandangkan saya sekarang berada di University of Birmingham, United Kingdom, saya memilih ruangan Non-US Resident. Anda perlu memasukkan negeri (STATE/PROVINCE), negara (COUNTRY) dan poskod (POSTAL CODE) tempat kediaman anda. Sekali lagi, anda tidak mempunyai pilihan untuk memasukkan data yang sebenar atau data yang anda cipta. Sebenarnya, data ini akan digunakan oleh HOTMAIL di dalam survey yang dibuat olehnya. Terdapat berbagai pendapat tentang ini, tetapi ini terpulang kepada anda untuk anda memasukkan maklumat yang sebenar atau maklumat yang anda cipta.


Seterusnya, masukkan maklumat tentang diri anda. Jantina (GENDER), tahun anda dilahirkan (YEAR OF BIRTH) dan pekerjaan anda (OCCUPATION). Dan sekali lagi, anda boleh memasukkan maklumat anda yang betul atau maklumat yang anda cipta. Terpulang kepada anda.


Seterusnya anda akan diberi pilihan samada untuk menyertai HOTMAIL MEMBER DIRECTORY atau tidak. Direktori ini berfungsi dengan menyenaraikan maklumat tentang diri anda (alamat e-mail alamat, jantina, perkerjaan dll) yang anda telah masukkan semasa pendaftaran ke dalam direktori. Jadi penguna lain boleh mencari anda di dalam direktory ini. Pilih Please list my name and location untuk menyertainya atau pilih Please do not list me at all untuk tidak menyertai.


Akhir sekali, anda diberi pilihan untuk menyertai INTERNET E-MAIL DIRECTORIES. Direktori ini pula berfungsi seperti buku panduan telefon anda. Direktori ini anda direktori utama yang digunakan di dalam Internet. Di sini, bukan ahli HOTMAIL sahaja yang boleh mendaftar, tetapi sesiapa yang mempunyai alamat e-mail. Pilih YES untuk menyertai atau pilih NO untuk tidak menyertai.


Sekarang, anda telah sedia untuk mendaftarkan akaun anda. Peringatan di sini. Anda terpaksa mengisi keseluruhan borang yang diberikan. HOTMAIL tidak akan memproses borang yang tidak lengkap. Klik butang SUBMIT REGISTRATION untuk pendaftaran atau klik butang CLEAR untuk mengosongkan borang dan mengisinya sekali lagi.

Back To Homepage

 

Copyright © 1995-1998, Mohd Imran Ismail, Last Modified: 08/29/98 12:40:11 GMT